Definisi Grafik

Merupakan bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “graphikos” bererti lukisan. "Graphier" pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.


Kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan,  lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

Media yang paling utama digunakan bagi memperlihatkan keterampilan, kehebatan dan keberkesanan sesebuah aplikasi multimedia. Penggunaan grafik sama ada dulu dan sekarang adalah sangat penting untuk seseorang individu atau sesebuah organisasi itu menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej kepada orang ramai.

Grafik dihasilkan hanya menggunakan kaedah manual seperti penggunaan berus dan kanvas tetapi berubah mengikut perkembangan teknologi. 

Merujuk kepada imej yang dilukis termasuk grafik digital pelbagai format, bentuk dan reka letak yang mampu memberikan impak yang lebih hebat berbanding grafik konvensional.

Ciri-Ciri Penting Penyediaan Grafik

  • Objektif
  • Perancangan teliti
  • Kemudahan alat/bahan
  • Saiz bahan/alat yang digunakan
  • Rekabentuk visual
Elemen-Elemen Grafik
  • Garisan - penekanan
  • Bentuk - kesan khas dan minat
  • Ruang - kesan yang baik dan tidak terlalu padat
  • Tetalan - sebagai warna dan hiasan
  • Warna - membayangkan perasaan, daya tarikan, simbolik dan menyampaikan perasaan
Pengkelasan Bahan Grafik
Bentuk-bentuk grafik :
  • Graf
  • Gambar
  • Carta
  • Poster
  • Kartun
  • Peta/Glob
  • Slaid
Peranan Grafik
  • Teks
  • Carta
  • Poster
  • Animasi
  • Illustrasi
Prinsip Rekabentuk Bahan Grafik
  • Penggunaan grafik dalam pengajaran haruslah bersifat sederhana.
  • Rekaan grafik dalam pengajaran hendaklah juga mempunyai imbangan.
  • Rekaan grafik juga seharusnya mempunyai kesatuan(unity).
  • Rekaan sepatutnya menunjukkan penekanan(emphasis).
Peralatan
  • Komputer
  • Pensil - graphite atau lead
  • Pen - teknikal, isograf
  • Dakwat - India atau China
  • Marker, pembaris
  • Papan lukisan, set bofa
  • Kertas, pisau, pemadam, gam
  • Penghurufan - mekanikal atau teknikal


Categories:

Leave a Reply