Aplikasi Komputer Grafik

Industri komputer grafik semakin berkembang pesat hasil permintaan serta sokongan individu atau kumpulan yang memerlukan keupayaan grafik dalam kerja-kerja seharian mereka seperti jurutera, arkitek, perekabentuk dan sebagai. Mereka mendapati bahawa gabungan teknologi komputer dan teknologi grafik menjanjikan peningkatan di dalam kualiti kerja serta membolehkan mereka lebih produktif. Ini adalah kerana mengetahui bahawa menukar atau meminda sesebuah imej pada sesebuah skrin komputer lebih mudah atau meminda sesebuah imej pada sesebuah skrin komputer lebih mudah berbanding dengan mengubah imej pada sehelai kertas lukisan.

Grafik berkomputer memainkan peranan yang amat penting, bermula daripada hamparan elektronik, penghasilan carta serta jadual, pengurusan projek hinggalah kepada penerbitan meja (desktop publishing), perniagaan dan penyiaran. Dengan ini grafik berkomputer menyediakan banyak manfaat serta mampu meningkatkan produktiviti sesuatu kerja.






Contoh-contoh ikon yang menarik menggunakan grafik

Teknologi komputer grafik juga berguna dalam industri aerospace dan automotif serta kajian-kajian di pusat pengajian tinggi. Grafik komputer juga digunakan oleh jurutera mekanikal bagi membangun, membina model serta menguji sesebuah rekabentuk baru. Dengan cara ini ia dapat menjimatkan wang kerana untuk menghasilkan model sebenar sebelum proses pengujian adalah memerlukan belanja yang besar berbanding dengan membangunkan model prototaip atau model contoh.

Penjimatan masa juga dapat dilaksanakan oleh jurutera-jurutera elektrik di dalam mereka bentuk sesebuah produk. Ini dapat dilihat semasa membina lukisan skematik menggunakan komputer. Pemindahan lukisan ini boleh dipindahkan kepada program lain bagi membentuk litar elektronik pada papan litar utama. Fail yang sama boleh digunakan semula bagi tujuan-tujuan yang berkaitan.

Selain daripada itu indiidu-individu seperti pelajar, guru, perekabentuk perisian, pengusaha-pengusaha iklan juga menggunakan komputer grafik dalam menjalankan tugas-tugas seharian.

Amat sukar untuk membayangkan sesebuah komputer tanpa unsur-unsur grafik. Namun demikian sekiranya dilihat sejarah silan, komputer yang pertama dihasilkan hanya mampu memaparkan teks sahaja dan menggunakan warna yang minimum (hitam & putih).

Categories:

Leave a Reply